![gravatar](http://4.bp.blogspot.com/_jA-SP6SAtfY/Sp4qMcwSneI/AAAAAAAAA1g/JJwc0KC1l7g/s1600/avataro.jpg)
Bapa Gembira Permohonan Status Warganegara Anak Telah DiLuluskan
24th August, 2011 - BAPA kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang pernah menghubungi ActionLine berkaitan dengan permohonan status warganegara untuk anaknya itu kini boleh menarik nafas lega kerana permohonan tersebut sudah pun diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
ActionLine telah diperjelaskan oleh jurucakap dari Jabatan Pendaftaran Sandakan bahawa permohonan kewarganegaraan seseorang itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diproses kerana terdapat banyak aspek yang perlu diteliti termasuklah dokumen pengenalan diri yang dipegang oleh ibu bapa pemohon.
“Semua permohonan kewarganegaraan akan dihantar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan semua keputusan akan dilakukan oleh pegawai di kementerian berkenaan jawapan tersebut dikirimkan kepada pemohon. Bagaimanapun, pihak pemohon masih boleh mengetahui perkembangan permohonan mereka dengan berjumpa dengan kami,” sambung jurucakap berkenaan.
“Tetapi mereka harus faham bahawa pihak kami hanya dapat menyampai keputusan permohonan mereka dan tidak dapat memberi jawapan mengapa ianya mengambil masa yang cukup lama untuk diproses atau mengapa permohonan mereka tidak diluluskan. Dan sekiranya perkara seperti itu berlaku,”.
Sementara itu, ActionLine dimaklumkan oleh staf bahagian kewarganegaraan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa permohonan pengadu telah pun diluluskan dan segala dokumen yang berkaitan akan segera dihantar kepada pengadu.
“Kami juga sedar bahawa pengadu terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum permohanannya dapat diluluskan tetapi tidak banyak yang dapat kami lakukan kerana pihak kami juga perlu mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan,” jelas kakitangan berkenaan.
Pengadu ketika dihubungi ActionLine meluahkan rasa terima kasihnya kepada pihak kerajaan kerana telah memberi peluang kepada anaknya untuk menjadi warganegara Malaysia. “Kini saya sudah tidak perlu bimbang lagi terutamanya dari segi peluang pendidikan anak saya ini,” ujarnya.