
- All
- Random
- News
-
- Browse more categories
- ATM
- Balai Polis
- Daily Express
- Doris Jones
- elektrik sabah
- gunung kinabalu
- Hj. Zulkifli Nasir
- Jake Jikulin Nointin
- KDN
- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
- Keningau
- kundasang
- Lee Chee Leong
- Lee Teck Sun
- masalah pelancongan sabah
- mutu pelancongan
- News
- News Sabah Times
- Pairin Kitingan
- PATI
- pelancongan
- Pendaftaran
- Perpaduan
- PKR
- Polis
- Program 6P
- PTI
- ranau
- Random
- sabah
- Sabah Sarawak Keluar Malaysia
- sabah urea plant
- samur
- Sandakan
- sesb
- Shah Alam
- sogip
- SSKM
- Surat Khabar Sabah
- Tambunan
- Tambunan Miskin
- tiang elektrik
- Timbalan Menteri
- urea plant
- world heritage in sabah
- Zuraida Kamaruddin

Bulk Urea Storage House a.k.a BUSH at SAMUR
This is the bulk storage for urea at Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Plant, located at Sabah Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), Sipitang. This plant is the biggest urea plant in Asean.


Gunung Kinabalu : Tiang Elektrik Menganggu Pandangan Yang Cantik

Bapa Gembira Permohonan Status Warganegara Anak Telah DiLuluskan
24th August, 2011 - BAPA kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang pernah menghubungi ActionLine berkaitan dengan permohonan status warganegara untuk anaknya itu kini boleh menarik nafas lega kerana permohonan tersebut sudah pun diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
ActionLine telah diperjelaskan oleh jurucakap dari Jabatan Pendaftaran Sandakan bahawa permohonan kewarganegaraan seseorang itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diproses kerana terdapat banyak aspek yang perlu diteliti termasuklah dokumen pengenalan diri yang dipegang oleh ibu bapa pemohon.
“Semua permohonan kewarganegaraan akan dihantar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan semua keputusan akan dilakukan oleh pegawai di kementerian berkenaan jawapan tersebut dikirimkan kepada pemohon. Bagaimanapun, pihak pemohon masih boleh mengetahui perkembangan permohonan mereka dengan berjumpa dengan kami,” sambung jurucakap berkenaan.
“Tetapi mereka harus faham bahawa pihak kami hanya dapat menyampai keputusan permohonan mereka dan tidak dapat memberi jawapan mengapa ianya mengambil masa yang cukup lama untuk diproses atau mengapa permohonan mereka tidak diluluskan. Dan sekiranya perkara seperti itu berlaku,”.
Sementara itu, ActionLine dimaklumkan oleh staf bahagian kewarganegaraan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa permohonan pengadu telah pun diluluskan dan segala dokumen yang berkaitan akan segera dihantar kepada pengadu.
“Kami juga sedar bahawa pengadu terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum permohanannya dapat diluluskan tetapi tidak banyak yang dapat kami lakukan kerana pihak kami juga perlu mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan,” jelas kakitangan berkenaan.
Pengadu ketika dihubungi ActionLine meluahkan rasa terima kasihnya kepada pihak kerajaan kerana telah memberi peluang kepada anaknya untuk menjadi warganegara Malaysia. “Kini saya sudah tidak perlu bimbang lagi terutamanya dari segi peluang pendidikan anak saya ini,” ujarnya.

Generasi baru perlu pelajari sejarah Pesta Kuih Bulan: Pairin

KDN akan saman Ketua Wanita PKR
Ehsan News Sabah Times
24th August, 2011 - PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin ekoran dakwaannya bahawa Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata tindakan itu merupakan langkah kedua yang diambil kementerian setelah laporan polis dibuat terhadap Zuraida di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pagi kelmarin.
“Saya dengan ini memberi sokongan penuh kepada keputusan Jabatan Imigresen Selangor yang hari ini telah membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Zuraida sebagai langkah pertama sebelum tindakan lanjut diambil sebagai susulan.
“Tindakan ini adalah bukti bahawa kerajaan telus dan tidak berkompromi dalam dasar mempertahankan kedaulatan negara,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini kelmarin.
Minggu lepas, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKRmendapati kerajaan mensyaratkan pendatang asing tanpa izin (PATI) supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.
Pada skrip itu, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/BN”.
Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekaligus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.
Lee berkata sebelum ini, pihaknya sudah berulang kali meminta Zuraida mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu namun sehingga kini, tiada.
“Sebab itu, Jabatan Imigresen membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Zuraida,” katanya.
Lee berkata dakwaan yang dibuat oleh Zuraida adalah tuduhan berat kepada kerajaan kerana Program 6P hanya bertanggungjawab mengambil data biometrik untuk rasional keselamatan negara dan setiap PATI didaftarkan tanpa sebarang syarat.